Kuasa Memilih, Ayuh Wanita Turun Undi 9 Mei

0
278

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) telah mengumumkan tarikh mengundi adalah pada 9 Mei 2018 bersamaan hari Rabu. Manakala penamaan calon pula pada 28 April 2018 hari Sabtu dan hari mengundi awal ( undi pos) pada 5 Mei 2018 hari Sabtu.

Setelah lama menanti dan berteka-teki hari mengundi, tengah hari ini segalanya telah terjawab. Tarikh diumumkan adalah hari bekerja hari Rabu 9 Mei 2018. Kami dari Muslimat PAS menyeru semua wanita seluruh Malaysia untuk turun mengundi demi menunaikan tanggungjawab dan bersama-sama menuju ke arah Malaysia Sejahtera.

Rancang perjalanan anda, persiapkan segala urusan sebelum balik kampung untuk mengundi dan kami mendoakan agar perjalanan pergi dan pulang dipermudahkan oleh Allah. Semoga pengorbanan yang dilakukan dinilai oleh Allah insyaalah.

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

”Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (Surah At Taubah : 41)

Kuasa memilih terletak di tangan kita. Ayuh! Pesan dan ajak bersama adik-beradik, jiran tetangga, sanak-saudara, sahabat handai dan semua anak muda untuk balik mengundi dan memilih calon yang membawa agenda Malaysia Sejahtera, yang bakal membawa Malaysia memacu ke arah yang lebih gemilang.

Pesanan bersama, semak tempat mengundi, bawa bersama kad pengenalan diri dan keluarlah awal bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas dan kejadian yang tidak diingini berlaku. Selamat menunaikan kewajipan. Kuasa memilih, undilah PAS!

‘Malaysia Sejahtera’

“Muslimat Memacu Kemenangan”

ROSNI ADAM
Timbalan Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
23 Rejab 1439 H
10 April 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here